Tuesday 7 August 2012

PRODUK NATASYA

Rangkaian Produk Natasya Herba merupakan produk terawal yang dikeluarkan oleh Natasya. Natasya Herba menggunakan 100% herba dalam proses pembuatannya yang terbukti berkesan hasil penyelidikan dan pembangunan berterusan.

SABUN HERBA 80G  RM15.90




Formulasi terkini berasaskan herba-herba semulajadi dan diperkaya dengan ekstrak kacang soya, aloe vera, dan Vitamin E dalam bentuk sabun berfungsi sebagai pembersih yang mampu menanggalkan kotoran dan sel-sel kulit mati,menanggalkan minyak berlebihan, mengawal keseimbangan lembapan semulajadi dan mencerahkan kulit selain daripada menhilangkan jerawat. Sesuai untuk semua jenis kulit bagi lelaki dan perempuan.
Cara penggunaan:
Cuci muka dengan sabun herba, urut perlahan-lahan selama beberapa minit dan bilas bersih. Untuk mendapatkan kesan terbaik, gunakan 2-3 kali sehari.
Isi kandungan:
Soap Noodles, R.O Water, Orange Color, Cucumber Extract (Cucumis Sativus), Soyabean Extract, (Glycine Soja), Olive Oil (Olea Europaea), Palm Kernel Oil, Jojoba Oil (Simmondsia Chinensis), Vitamin E (Tocopherol Acetate), Hydrolysed Collagen, Sunset Yellow Color
Pantyliner Herba Xtra Care/RM9.00
Keputihan pada bahagian sulit memang perkara biasa bagi wanita. Namun, setelah terkena peluh atau air kencing ataupun apabila lelehannya berlebihan, ia boleh menjadi perkara yang tidak menyenangkan. Xtra Care mempunyai 12 jenis herba semulajadi yang terkenal dengan ciri-ciri mengawal kuman dan bau sepanjang hari, anti bakteria, mudah meresap dan memberi kesegaran sepanjang hari.
Cara penggunaan:
Digunakan selepas mandi. Untuk mendapatkan kesan terbaik, seeloknya ditukar 4 jam sekali.
Isi kandungan:
Common Cnidium Fruit/Fructus Cnidii, Lightyellow Sophora Root/Radix Sophorse Flavescentis, Chinese Angelica Root/Radix Angelicae Sinensis, Borax, Peppermint/Herba Menthae, Borneol/Broneolum Syntheticum, Dahurian Angelica Root/Radix Angelicae Dahuricae.
Krim Pelindung UV SPF 25 RM 33.00
 
Natasya krim pelindung UV SPF 25 dirumus khas dengan penabir ekstrak Kulit Kayu Manis yang merupakan penabir semulajadi bagi menghalang penembusan sinaran ultralembayung, UVA, UVB ke dalam kulit selain mengurangkan penghasilan melanin yang boleh menggelapkan kulit. Natasya krim pelindung UV SPF 25 ini juga diperkaya dengan ekstrak Aloe Vera, Minyak Jojoba dan Vitamin E yang bertindak sebagai pelembab, menghilangkan parut, memudarkan garis-garis halus dan menegangkan kulit. Penggunaan krim pelindung secara berterusan dapat meningkatkan kecerahan, keremajaan, dan keanjalan kulit. Ia juga dapat membantu dalam menyamakan tona kulit serta mengelakkan pembentukan jeragat.
Cara penggunaan:
Sapukan Krim pelindung UV SPF 25 secara rata pada keseluruhan kulit muka selepas menggunakan Facial Toner Natasya. Untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan, disyor menggunakan bersama Bedak Asas Natasya.
Isi kandungan:
R.O Water, Aloe Vera, Titanium Dioxide, Sodium Polyacryloyldimethyl Taurate, Silanediol Salicylate, DMDM Hydantoin, Sterol, Jojoba Oil, Vitamin E, Phenochem, Cinnamon, Silicone Waxes, Granlux Melanin Mimic, Fragrance.
Gamat Plus RM 69.00
Gamat Plus merupakan formulasi estrak herba khas yang selamat untuk rawatan penyakit kencing manis secara semulajadi, bagi meningkatkan metabolisme glukosa dan memperbaiki kebolehan penyembuhan luka-luka. Ia tidak mengandungi sebatian bersifat kimia atau bahan tambahan tiruan dan tidak sama seperti ubat lain. Ia tidak memerlukan preskripsi dan tidak mempunyai kesan sampingan negatif.

Faedah Utama:
1. Menyelaras paras gula dalam darah
2. Meningkatkan fungsi pankreas dan melindungi daripada radikal bebas
3. Menurunkan berat badan
4. Mengurangkan gula dalam air kencing dan darah
5. Menjana semula sel-sel beta
6. Memperbaiki hubungan suami-isteri .
Cara penggunaan:
Goncang sebelum minum. Ambil 1 cup iaitu 12.5ml sebelum sarapan pagi setiap hari.
Isi kandungan:
Natural Prune Juice Concentrate, Gamat (Stichopus Variegatus), Bitter Melon (Momordica Charantia), Moringa Oleifera, Gymnema Sylvestre, Biotin, Fenugreek (Trigonella foenum Graecum).
Toner RM 16.00
Satu lagi produk yang dapat memenuhi impian anda untuk memiliki kulit wajah bersih, segar dan sihat. Toner ini bukan sahaja bertindak membersihkan malah dapat mengembalikan kulit wajah yang kusam dan lesu selain mengecilkan pori-pori kulit. Untuk mengekalkan kelembapan kulit wajah, pastikan anda menyapunya setiap hari. Kelembapan kulit akan lebih seimbang. Sesuai untuk semua jenis kulit.
Cara penggunaan:
Selepas membersih muka dengan Sabun Herba, semburkan toner keseluruhan kulit muka, tepuk dan ratakan dengan jari.
Isi kandungan:
R.O Water, Propylene Glycol, PEG-8, Aloe (Aloe Barbadensis) Extract, Cucumber Extract, Perfume, Algae (Seaweed Extract), Phenoxyethanol, Methylsilanol Manuronate, Polysorbate-20, Methylparaben, Propylparaben, Ethylparaben,Butylparaben, Isobutylparaben.
Repairing & Lightening CreamRM 45.00
Natasya Repairing & Lightening Cream menjanjikan kulit lebih cerah, licin dan berseri dalam masa beberapa minggu. Krim ini berupaya memperbaiki kerosakan kulit dengan mengurangkan pembentukan bintik-bintik hitam dan jerawat. Teksturnya tidak melekit, mudah meresap kedalam kulit dan membekalkan kelembapan.
Cara penggunaan:
Sapukan Natasya Repairing & Lightening cream secara rata pada keseluruhan kulit. Digunakan pada waktu malam sahaja.
Isi kandungan:
R.O. Water, Glycerin, Vitamin E (Alpha Tocopherol Acetate), PEG-100 Stearate, Propylene Glycol, Isopropyl Myristate, PEG-60 Sorbitan Stearate. Disodium EDTA, Panthenol, Stearate Acid, Cetearyl Alcohol, Cetearyl-20, Carbomer, Flavoring Agent, Allantoin, Triethanolamine, Xanthan Gum, Iodopropynyl Butylcarbamate.




Rangkaian produk Natasya Gold berkesan untuk menambahkan keserian kulit wajah dengan efek lebih cerah, lembut pada kulit, melindungi kulit wajah dan mensekatakan warna, agar wajah anda ayu dan jelita secara semulajadi. Sesuai untuk semua jenis kulit.


Vitamin C Serum membersih dan melicinkan dengan intensif. Vitamin C Serum adalah rawatan anti-penuaan memulih segera visual dan tekstur kulit. Ia juga bertindak melenyapkan jeragat bahkan menghilangkan kesan merah serta radang pada kulit. Sesuai untuk kulit sensitif dan digunakan pada waktu pagi dan malam.
Cara penggunaan:
Titiskan Vitamin C Serum ke atas tapak tangan, sapu dan ratakan pada kulit wajah dan biarkan kering sebelum memakai toner dan krim.
Isi kandungan:
R.O Water, Aloe Vera (Aloe Barbadensis) Extract, Witch Hazel (Hamamelis Virginiana) Extract, Vitamin C (Ascrobyl Palmitate), Polysorbate-20, Phenoxyethanol, Dermawhite nf Is 9410, Crospovidone (Kollidone-CL), Strawberry (Fragaria Vesca) Essence.
Toner Gold  RM 34.00
Toner boleh membantu menghilangkan bintik hitam selain menyegar dan menghaluskan kulit wajah, selain dirumus untuk mengecilkan pori dan mendinginkan kulit wajah. Fungsi toner adalah untuk membersihkan kulit wajah dan ianya dapat meresap jauh ke dalam epidermis kulit, mengecilkan pori-pori kulit dan menambahkan kelembutan kulit wajah.
Cara penggunaan:
Selepas membersih muka dengan Sabun Kolagen, semburkan Toner keseluruhan kulit muka dan ratakan dengan jari.
Isi kandungan:
R.O Water, Propylene Glycol, Algae Extract(Seaweed), Cucumber (Cucumis sativus) Extract, Aloe (Aloe Barbadensis)Extract, Perfume, PEG-8 Stearate, Phenoxyethanol, Polysorbate-20, Methylparaben, Propylparaben, Butylparaben, Isobutylparaben, Ethylparaben, Methylsilanol Mannuronate.
Skrub RM41.00
Lakukan penjagaan muka sekali atau dua kali dalam seminggu dengan Skrub Natasya Gold bagi menghilangkan dan mengurangkan bintik-bintik hitam dan cela. Ia bukan sahaja mengurangkan malah menjadikan kulit wajah lebih lembap selain daripada menanggalkan sel-sel kulit mati.
Cara penggunaan:
Sapukan Skrub ke atas wajah dan leher yang lembap. Urut perlahan-lahan menggunakan hujung jari dan elakkan terkena kawasan sekitar mata. Basuh dengan menggunakan air sejuk.
Isi kandungan:
R.O Water, Aloe Vera (Aloe Barbadensis) Extract, Jojoba Oil (Buxus Chinensis), Vitamin E (Tocopheryl Acetate), Acrylate Copolymer, Phenoxyethanol, Orange 15510.
Sabun KolagenRM 19.90
Sabun Kolagen dapat membersihkan tanpa mengeringkan kulit muka kerana ia dihasilkan daripada gabungan losyen pembersih yang dapat menghilangkan debu, minyak berlebihan dan kotoran lain dengan cukup berkesan. Penggunaannya yang berterusan tidak akan memberi kesan kepada pertahanan asid semulajadi selain dapat mengurangkan garis-garis halus akibat tanda penuaan dan menjamin kelembapan.
Cara penggunaan:
Buihkan sabun Kolagen, kemudian sapu dan urut perlahan pada keseluruhan kulit muka. Bilas sehingga bersih.
Isi kandungan:
Transparent Glycerine Base, R.O Water, Cucumber (Cucumis Sativus) Extract, Orange 02103, Jojoba Oil (Buxus Chinensis), Collagen, Sunset Yellow 15985, Lactic Acid.
Krim Pelindung SPF 30 RM 59.00
Mengurangkan tanda kedutan pada bahagian mata, memberi perlindungan daripada sinar UVA/UVB, menghalang tanda-tanda penuaan sambil menjadikan kulit lebih anjal. Penggunaan berterusan bukan sahaja dapat menjaga malah ianya dapat merawat kulit anda agar kekal berseri sepanjang hari.
Cara penggunaan:
Sapukan Krim Pelindung SPF 30 secara rata pada keseluruhan kulit selepas penggunaan Toner dan Krim Pelembap.
Isi kandungan:
R.O Water, Aloe (Aloe Barbadensis) Extract, Calendula (Calendula Officinalis) Extract, Jojoba (Buxus Chinensis) Oil, Gingko Biloba Extract, Vitamin E (Tocopherol Acetate), Green Tea (Camellia Oleifera) Extract, Aprikot Kernel Oil, Sodium Acrylates, Phenoxyethanol, Melanin Proteolytic Enzyme.
Krim Pelembap RM51.00
Amalkan penggunaan Krim Pelembap Natasya kerana ianya memberikan kesan kulit lembut bak baldu, menelap dengan cepat ke dalam kulit. Bukan saja bagus untuk hidratkan kulit, ia juga bagus sekali menganjalkan kulit yang mulai kendur. Selain itu, ia menghalang sinaran UV menembusi lapisan kulit dan bertindak melambatkan proses penuaan.
Cara penggunaan:
Sapu Krim Pelembap pada keseluruhan wajah dengan urutan secara membulat selepas mengguna Toner.
Isi kandungan:
R.O water, Jojoba (Buxus Chinensis) Oil, Cucumber (Cucumis Sativus) Extract, Aloe (Aloe Barbadensis) Extract, Royal Jelly, Tocopheryl (Vitamin E) Linoleate, Silanediol Salicylate, Methylsilanol Mannuronate.
Advance BB Cream 12 In 1 (15ml) RM 75.00
Natasya Gold Advance  BB krim 12 in 1 dirumus daripada bahan semulajadi yang memberikan satu penyelesaian unik untuk  mendapatkan kulit yang cantik hanya dalam seminit. Advance BB krim ini mempunyai 12 fungsi yang hebat iaitu

• Asas solekan
• Mencerahkan kulit
• Antioksidan semulajadi
• Menyembunyikan kecelaan, jerawat dan jeragat di permukaan kulit
• Melindungi kulit daripada radiasi UV
• Menjana pertumbuhan sel baru
• Mengecilkan pori-pori dan melembutkan kulit
• Melambatkan penuaan dan menghilangkan garis-garis halus
• Mengawal minyak yang berlebihan di kulit
• Melembabkan dan mengelakkan kulit daripada kekeringan
Cara penggunaan:
Sapukan Natasya Gold Advance BB Cream keseluruh wajah sebelum penggunaan alat solek.
Isi kandungan:
Water, Cyclomethicone, Tocopheryl Acetate, Iron Oxides, Dipropylene Glycol, Mica, Talc, Bentonite, Vinyl Dimethicone, Aloe Barbadensis, Leaf Extract, Beeswax, Macadamia, Ternifolia Seed Oil, PEG/PPG-20/20 Dimethicone, Sodium Chloride, Hyaluronic Acid, Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil, Triethoxycaprylylsilane, Titanium Dioxide, Heliantus Anuus (Sunflower) Seed Oil.
Solution Treatment (15ml) RM 39.00
Natasya Gold Solution Treatment merupakan formulasi terkini bagi membentuk penyelesaian yang unik untuk pelbagai jenis masalah kulit. Gabungan beberapa bahan herba semulajadi yang terbaik serta penambahan Sel Stem Anggur membantu kulit bermasalah menjadi lebih sempurna dengan

• Menggalakkan pertumbuhan sel baru
• Anti pengelupasan
• Agen pencerah kulit
• Menghilangkan parut, jerawat, jeragat, kecelaan dan mengecilkan pori-pori kulit
• Antioksidan semulajadi
• Anti radangan
• Sesuai untuk rawatan pada kulit bermasalah
Cara penggunaan:
Titiskan Solution Treatment ke atas tapak tangan, kemudian sapukan pada keseluruhan kulit wajah dan leher. Biarkan sehingga kering sebelum penggunaan krim.
Isi kandungan:
R.O Water, Cucumis Sativus Extract, Aloe Barbadensis, Hamamelis Virginiana, Urea, Yeast Amino Acids, Trehalose, Inositol, Taurine, Betaine, Polyvinylpyrrolidone, Vitis Vinifera (Grape) Fruit Cell Extract, Isomalt, Lecithin, Sodium Benzoate, Phenoxyethanol, Methylparaben, Ethylparaben, Propylparaben, Butylparaben, Isobutylparaben, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Fragrance.
Cleansing Milk RM 39.00
Cleansing Milk dirumus khas untuk menyingkirkan kekotoran dan menanggalkan alat solek tanpa mengeringkan kulit. Cleansing Milk membantu mendapatkan kulit yang lembut dan halus.
Cara penggunaan:
Sapukan Cleansing Milk keseluruh wajah dan biarkan sehingga beberapa saat. Bilas sehingga bersih dengan air suam.
Isi kandungan:
Dimenthicone Copolyol, Caprylyl Methicone, Cyclopentasiloxane, Butylrospermum Parkil (Shea Butter), Fruit, Isopropyl Myristate, Acrylates/ Acrylam, Ide Copolymer, Mineral Oil, Polysorbate 85, Aqua Fragrance, Phenoxyethanol, Methylparaben, Ethylparaben, Propylparaben, Butylparaben, Isobutylparaben.


Rangkaian Produk S Series Terbaru Natasya untuk penjagaan seluruh badan yang membantu mendapatkan kulit yang lembut dan licin disamping pembaikan struktur kulit tanpa kerengsaan.

Sabun Herba Anti-Resdung  RM 13.00

Sabun herba anti-resdung dihasilkan dengan 100% minyak kelapa asli, ekstrak asam jawa, ekstrak kulit kayu manis dan kunyit untuk menentang radikal bebas. Selain itu, ia berfungsi untuk menegang, menggalakkan pertumbuhan sel baru kulit, menghilangkan jerawat dan mengatasi kegatalan pada wajah dan badan akibat masalah resdung. Ia mampu merawat tisu kulit yang rosak sambil mengekalkan keaslian kulit.
Cara penggunaan:
Cuci muka dengan Sabun Herba-Anti Resdung , urut perlahan-lahan selama beberapa minit dan bilas bersih dengan air.
Isi kandungan:
Aqua, Glycerine, Cocos Nucifera (Coconut) Oil, Sodium Cocoate, Cinnamomum Zeylanicum (Cinnamon Essential Oil), Curcuma Longa (Tumeric) Oil, Tamarindus Indica Extract (Tamarind) Oil, Sodium Stearate, Fragrance, Butylparaben, Etylparaben, Propylparaben.

No comments:

Post a Comment